Sunday, January 16, 2011

Buang Toksin dalam badan!!!!! Jimat masa, Jimat tenaga, Jimat petrol!!! Order Sekarang!!!


Cubalah untuk sehari, anda akan mendapati toksin dari tubuh anda keluar pada keesokan hari! Gunakan patch pada kedua belah kaki setiap hari. Hasilnya akan didapati dalam tiga tahap yang berbeza.

Tahap Pertama:
Meningkatkan kualiti tidur, menyembuhkan sembelit dan membuang angin dalam badan. Anda akan merasai tubuh anda lebih ringan. (Sekitar 24 hari)

Tahap Kedua:
Meningkatkan ketahanan badan melawan penyakit, meningkatkan metabolisme, memperbaiki sistem pencernaan, menghilangkan nafas/kaki berbau dan, mengurangkan tekanan darah dan kadar lemak, ginjal/hormon dalam tubuh berfungsi dengan betul/baik. (1-3 bulan)

Tahap Ketiga:
Tahap terakhir, anda akan mendapati patch anda berwarna terang, ini bermakna bahawa racun dalam tubuh anda berkurangan!
Anda boleh melihat perubahan pada wajah anda. Tahniah! (3-6 bulan)

Sesuai Untuk: -
1. Siapa yang ingin menurunkan berat badan
2. Siapa yang sembelit, nafas/badan/kaki berbau
3. Siapa yang sentiasa menghadap komputer, mempunyai tekanan kerja yang tinggi, selalu terkena radiasi
4. Berdiri/berjalan dalam waktu yang lama
5. Leher/bahu/pinggang/kaki sengal/sakit
6. Kedua kaki penat/lenguh

Tuesday, January 11, 2011

FAKTOR PERTAMA 


 FAKTOR AIR
"AIR YANG TERCEMAR DIPROSES MENGGUNAKAN KLORIN BAGI MENJERNIHKAN AIR. KLORIN BOLEH DIIBARATKAN SEPERTI KLOROK BASUHAN PAKAIAN UNTUK MENJADI PUTIH. "

FAKTOR KEDUA


FAKTOR PERTANIAN
"SEMBURAN RACUN SERANGGA MENJADI SEBAB MAKANAN YANG KITA MAKAN BERACUN."

FAKTOR KETIGA


FAKTOR PEMAKANAN
"MAKANAN YANG MENGANDUNGI BAHAN PENGAWET MENGANDUNGI TOKSIK YANG BANYAK. TOKSIK TERSEBUT AKAN MENGHAKIS USUS UNTUK PROSES PENGHADAMAN."

FAKTOR KEEMPAT


FAKTOR UDARA
"ASAP KILANG DAN KENDERAAN MENGANDUNGI TOKSIKDAN ASID YANG BAHAYA PADA BADAN. DARAH AKAN DIJANGKITI RACUN KESAN DARIPADA MENYEDUT UDARA YANG TERCEMAR "


Alhamdulillah kerana sekarang terdapat satu teknologi khas untuk menyerap dan menyedut TOKSIK @ RACUN dengan mudah, murah dan cepat. Tanpa perlu bersusah-payah membelanjakan ribuan ringgit untuk kita berkekalan sihat dan cergas di samping orang tersayang.

Memperkenalkan DETOX FOOT PATCH ( Koyok Tapak Kaki) jenama Jun Gong penyerap toksik masakini. Jika sesiapa yang pernah mendengar tentu terlintas di fikiran mereka tentang harga yang mahal di pasaran. Jangan bimbang kerana kami di sini ingin menolong anda menyelesaikan masalah anda bukan membebankan anda dengan kos yang mahal.

Sabdaan Nabi S.A.W bahawa mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Fikirkanlah wahai pembaca yang dirahmati Allah S.W.T. sama ada kita ingin terus dibebani masalah sakit-sakit sendi dan lenguh-lenguh yang pada mulanya menjadi tanda-tanda penyakit serius , akhirnya menjadi satu bebanan yang lebih besar disebabkan kita tidak berusaha mencegahnya.

Setiap kejadian atau ciptaan mesti ada kelebihan kepada kita. Sebagaimana koyok tapak kaki yang kami perkenalkan kepada anda juga mempunyai kelebihannya. 


Wednesday, January 5, 2011

ENAM JENIS MANUSIA YANG MENDAPAT DOA PARA MALAIKAT

Allah SWT berfirman, “Sebenarnya (malaikat-malaikat itu) adalah hamba-hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang di hadapan mereka dan yang di belakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa’at melainkan kepada orang – orang yang diredhai Allah, dan mereka selalu berhati-hati kerana takut kepada-Nya”
*(QS Al Anbiyaa’ 26-28)

Berikut adalah senarai orang-orang yang mendapat doa oleh para malaikat:

1. ORANG YANG TIDUR DALAM KEADAAN BERSUCI.

Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa ‘Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci‘”
*(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib I/37)

2. ORANG YANG MENUNGGU SOLAT.

Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah salah seorang di antara kamu yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia”
* (Sahih Muslim no. 469)

3. ORANG YANG BERADA DI SAF HADAPAN KETIKA SOLAT.

Imam Abu Dawud dan Ibnu Khuzaimah dari Barra’ bin ‘Azib ra., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang berada pada saf-saf terhadapan”
*(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih Sunan Abi Dawud I/130)

4. ORANG YANG MENYAMBUNG SAF (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Para Imam iaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu berselawat kepada orang-orang yang menyambung saf-saf”
*(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib I/272)

5. KETIKA SEORANG IMAM SELESAI MEMBACA AL FATIHAH.

Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Jika seorang Imam membaca ‘ghairil maghdhuubi ‘alaihim waladh dhaalinn’, maka ucapkanlah oleh kalian ‘aamiin’, kerana barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang lalu”
*(Sahih Bukhari no. 782)

6. ORANG YANG DUDUK DI TEMPAT SOLATNYA SETELAH MELAKUKAN SOLAT.

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu di antara kalian selama ia ada di tempat solat di mana ia melakukan solat, selama ia belum batal wudhu’nya, (para malaikat) berkata, ‘Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia‘”
*(Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir mensahihkan hadith ini)